KUANTAN, 25 Ogos -- "Jiwa Anak Merdeka"...Ayat pertama yang keluar dari mulut peniaga kuih tradisional Manahariah Abdullah, 50, apabila ditanya mengenai tindakannya memasang Jalur Gemilang di sekitar gerainya, hari ini.Setiap tahun Manahariah akan menghiasi gerai kuihnya yang terletak di Kampung Atong Jalan Kuantan-Sungai Lembing dengan Jalur Gemilang bagi menaikkan semangat patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-59 pada 31 Ogos ini.Kempen mengibar Jalur Gemilang dilancarkan bagi menunjukkan tanda semangat patriotik kepada pejuang kemerdekaan yang berjuang bagi menuntut Kemerdekaan.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA