TELUK INTAN, 25 Ogos -- Fenomena awan bergulung seperti ombak besar berlaku pagi tadi menggemparkan penduduk sekitar Pekan Langkap dekat sini. Gambar kejadian yang berlaku antara pukul 7.30 hingga 8 pagi itu turut menjadi viral di media sosial. Difahamkan fenomena bentuk awan yang datang bagaikan tsunami itu boleh dilihat penduduk sekitar Langkap dan Chui Chak kira-kira 15 minit sebelum hujan mulai turun.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA