KUANTAN, 26 Ogos -- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kiri) tertarik melihat pelbagai jenis kraftangan rotan yang dipamerkan di gerai Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) selepas merasmikan 'Road To Maha 2016 Zon Timur' di Taman Agroteknologi MARDI Cherating, hari ini.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang, Datuk Shafik Fauzan Sharif (dua, kiri) dan Pengurus Besar KADA, Mohd Ridzuan Ismail (kanan).--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA