CAMERON HIGHLANDS, 27 Ogos -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu masyarakat Orang Asli ketika mengadakan lawatan ke Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil hari ini.Projek penempatan semula perkampungan Orang Asli Sungai Ruil dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya di tapak penempatan sedia ada selepas tragedi tanah runtuh yang melanda pada 7 Ogos 2011.Sebanyak 152 unit rumah, surau, dewan serba guna, tadika, rumah komuniti, dibina den kos keseluruhan sebanyak RM45 juta melibatkan kawasan seluas 65 ekar.-- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA