KUANTAN, 27 Ogos -- Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Pahang Datuk Seri Shahiruddin Abdul Moin (kiri) menunjukkan isyarat bagus kepada orang ramai setelah merasmikan Program Kempen #YouCanDuit di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah hari ini.Turut hadir Naib Presiden Jabatan Hal Ehwal Korporat, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Razaleigh Zainal (kanan).#YouCanDuit merupakan kempen digital yang dikendalikan MDEC untuk membantu meningkatkan ekonomi rakyat dan negara melalui dua program iaitu eRezeki dan eUsahawan.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA