KOTA KINABALU, 15 Ogos - Pasukan Gunspeed dari Sekolah Menengah Kebangsaan Gunsanad, Sabah bergambar dengan plak dan pingat masing-masing setelah menjuarai pertandingan Peringkat Akhir Sabah dan Labuan Program F1 in Schools Technology Challenge di Dewan Maksak Sabah, Teluk Likas di sini, semalam.Pasukan itu, yang turut memenangi Anugerah Kejuruteraan Terbaik, menewaskan 35 pasukan yang mewakili sekolah-sekolah di Sabah dan Labuan untuk membolehkannya mara ke pertandingan peringkat nasional di Kuala Lumpur pada penghujung tahun ini.Pada acara dua hari itu, setiap pasukan menampilkan rekaan kereta F1 masing-masing yang antara lain mengetengahkan daya cipta mereka menerusi pelbagai elemen.Acara ini adalah sebahagian daripada aktiviti yang dirancang oleh Kementerian Pelajaran dan F1 Inschools Sdn Bhd di seluruh Malaysia sepanjang 2008 dengan tujuan merapatkan jurang teknologi di sekolah-sekolah luar bandar. Ia merupakan pertandingan peringkat zon yang ketiga bagi musim 2008 ini. Sebanyak 7 pertandingan peringkat zon diadakan sepanjang bulan Ogos dan September ini di Kelantan, Selangor, Sabah, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak.-- fotoBERNAMAHAKCIPTA TERPELIHARA