MELAKA, 29 Ogos -- Demi negara Ku yang merdeka, peniaga kedai makan, Mohd Nazom Uni, 49, memasang jalur gemilang di replika sampan berhadapan kedai makan beliau di sini. Hasil kreativiti beliau patut di contohi kerana membuat replika dari bahan terbuang kepada bahan yang berguna yang mempunyai nilai seni. Usaha beliau harus di jiwai oleh kita semua bagi mencerminkan kecintaan terhadap keamanan dan kedaulatan negara yang menjadi asas sebuah negara yang merdeka. Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-59 "Sehati Sejiwa" yang akan disambut tidak berapa lama lagi. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA