KUANTAN, 29 Ogos -- Adik Qarl Muhammad Ziqri Abdul Hafiz berusia setahun dua bulan yang menghidap masalah jantung berlubang dan masalah saluran pernafasan memerlukan kira-kira RM120,000 bagi menjalani pembedahan.Menurut ibunya, Norlida Othman, 35, anak sulungnya itu Qarl Muhammad Ziqri menghidap penyakit jantung dan masalah saluran pernafasan sejak berusia 42 hari.Mereka yang berhasrat untuk membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Norlida di Bank Rakyat 221131136782 atau Maybank 156012393383 (Abdul Hafiz) atau menghubungi mereka di talian 013-9181004 atau 017-9990065. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA