PUTRAJAYA, 29 Ogos -- Zalina Khamis, 53, ibu kepada pelajar tingkatan 3, Azim Hakimi Abu Shuja, yang maut setelah terjatuh dari tingkat tiga bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9 (2) dipapah semasa meninggalkan bilik mayat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Putrajaya hari ini.Insiden berlaku ketika mangsa dipercayai cuba membantu mengambil beg rakannya yang dibuang pelajar lain di tepian bangunan berdekatan kelasnya.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA