PUTRAJAYA, 29 Ogos -- Keadaan ruang terbuka dalam kelas 3 Elit Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9 (2) yang mempunyai pintu gelangar dan pagar balkoni.Hari ini Azim Hakimi Abu Shuja, 15, pelajar tingkatan 3 Elit maut setelah terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah itu. Insiden berlaku ketika mangsa berkenaan dipercayai cuba membantu mengambil beg rakannya yang dibuang pelajar lain.Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan ciri-ciri keselamatan pada reka bentuk bangunan sekolah di Putrajaya ditambah baik, khususnya di bahagian tingkap dan pagar balkoni.-- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA