KANGAR, 30 Ogos -- Pesara kerajaan, Merdeka Osman, 59, menunjukkan kek Jalur Gemilang untuk meraikan hari lahirnya yang ke 59 bersama keluarga di kediaman mereka di Kampung Baroh dekat sini, hari ini.Merdeka mendapat nama istimewa itu selepas dia dilahirkan pada 31 Ogos 1957, kira-kira 15 minit selepas bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan bagi menggantikan bendera Union Jack.--fotoBERNAMA (2016) HAKCIPTA TERPELIHARA