SONGKHLA, 1 Sept -- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Putra Jamalullail (tengah, berbaju biru) bersama sebahagian daripada peserta kayuhan "MAIPs Peduli di atas feri merentasi Tasik Songkhla untuk bertemu masyarakat Islam di wilayah Songkhla.Di wilayah yang terletak di selatan Thailand itu, baginda turut berbasikal dan singgah di dua buah masjid iaitu Masjid Sulaiman Shah dan Masjid Asasul Islam dan menyampaikan sumbangan MAIPs (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM2,000 kepada setiap masjid.Ini adalah julung kali baginda mengetuai program itu di wilayah Songkhla dan sejak awal tahun ini l;ebih 50 program kayuhan diadakan yang antara lain bagi mendekati golongan asnaf di kampung-kampung seluruh Perlis untuk diberi bantuan.--fotoBERNAMA (2016I) HAK CIPTA TERPELIHARA