SONGKHLA, 1 Sept -- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM2,000 kepada salah seorang pegawai masjid Asasul Islam di sini malam tadi.Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs berada di selatan negara gajah putih itu bagi mengetuai program kayuhan "MAIPs Peduli" dan menyampaikan sumbangan itu selepas singgah menunaikan solat Maghrib dan Isyak di masjid berusia 176 tahun itu.Program anjuran Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla dengan kerjasama MAIPs, Kelab Berbasikal TTG Perlis dan syarikat Smart Reader Worldwide itu diadakan bagi mendekati masyarakat Islam selatan Thailand di wilayah Songkhla.Baginda turut singgah di Masjid Sulaiman Shah dan turut menyampaikan sumbangan MAIPs dengan jumlah yang sama kepada masjid berkenaan selepas solat Zohor dan Asar.--fotoBERNAMA (2016I) HAK CIPTA TERPELIHARA