SEMPORNA, 12 Ogos -- Anggota -anggota Pasukan Khas Tentera Laut (PASKAL) mengadakan demonstrasi menyelamatkan tebusan di Stesen Lima, Terumbu Layang-Layang di sini, hari ini.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang kini dalam lawatan ke Sabah hari ini mengadakan lawatan ke pulau itu bersama sekumpulan editor kanan dan wartawan media cetak dan elektronik.Pulau itu yang terletak berdekatan Kepulauan Spratlys, merangkumi sekumpulan 600 pulau dan terumbu yang menjadi tuntutan beberapa negara.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA