PEKAN, 3 Sept -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor melihat lembu korban yang akan diagihkan selepas menyempurnakan penyampaian watikah dan wakalah lembu korban ketika hadir merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pekan 2016 di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, hari ini. Turut hadir, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Abu Bakar Harun. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA