PADANG RENGAS, 3 Sept -- Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kelihatan ceria ketika menaiki komuter (KTM) dari Stesen KTM Padang Rengas ke Stesen KTM Taiping selepas beliau merasmikan perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Padang Rengas-Bukit Mertajam hari ini. Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Dr Syed Hamid Jaafar Albar (kanan). Jumlah perkhidmatan komuter bagi laluan Padang Rengas-Bukit Mertajam adalah sebanyak 22 perkhidmatan pergi balik setiap hari dengan kekerapan 60 minit pada waktu puncak antara jam 5.30 pagi hingga 9.00 pagi dan 6.00 petang hingga 8.00 malam. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***