SHAH ALAM, 4 Sept -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) menyerahkan replika cek berjumlah RM407,000 kepada pemain golf negara, Shaaban Hussin, 36, (dua,kiri) sempena kejohanan golf amal 'Shaaban Hussin Golf Charity Pro-Am' di Gleanmarie Golf and Country Club hari ini. Kejohanan golf amal itu bertujuan membantu Shaaban yang cedera dalam kemalangan motosikal pada 31 Mac 2016 di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Rawang. Turut hadir Pengerusi DRB-HICOM Tan Sri Mohd Khamil Jamil (dua,kanan) dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar (kanan). -- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA