SEREMBAN, 5 Sept -- Pengawas peperiksaan Tan Kwai membantu murid Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, Muhammad Ikmal Hakimi Abdullah membuat persediaan sebelum menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Hospital Tuanku Jaafar hari ini. Muhammad Ikmal Hakimi sedang mendapatkan rawatan di hospital itu akibat patah kaki selepas terjatuh. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA