KOTA KINABALU, 5 Sept -- Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun menerima cenderahati berupa buku daripada Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Amin Senin sejurus selepas melancarkan Program Pentas Merdeka (Komuniti Pembelajaran Profesional) hari ini. Program tersebut untuk menggalakan perbincangan secara intelektual isu kenegaraan dan pendidikan secara bersepadu di samping memberi ruang kepada guru muda menyumbang idea dan fikiran memantapkan agenda pendidikan negara. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA