PANGKOR, 7 Sept -- PERMANDANGAN INDAH... ATV Adventure Pangkor menawarkan aktiviti sukan lasak permotoran ATV yang menjadi kegilaan di kalangan generasi muda kini di Pulau Pangkor. Trek menarik disediakan meliputi kawasan hutan simpan yang mencabar melalui kawasan cerun, titian buluh serta keadaan tanah yang tidak sekata sekaligus menguji kecekapan penunggang ATV. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA