KAMPAR, 7 Sept -- Sebahagian daripada 19 pelajar lelaki yang ponteng dan ditahan di beberapa premis kafe siber dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar Kampar dibawa dan diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar hari ini.Kesemua pelajar yang berusia antara 13 hingga 16 tahun itu akan diberi kaunseling seterusnya tindakan akan diambil oleh pihak sekolah masing-masing. Operasi dilakukan untuk membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi kehadiran pelajar yang agak menurun sejak kebelakangan ini.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA