SANDAKAN, 7 Sept -- Kakitangan perubatan dari Hospital Kota Belud memberikan rawatan kepada Rosmin Suhod. Rosmin merupakan antara dua kakitangan Jabatan Perhutanan Kota Belud cedera selepas dipukul oleh tiga lelaki ketika melakukan rondaan membanteras kegiatan mencuri kayu bantalan atau terubah di kawasan Hutan Simpan berhampiran Kampung Suang Punggur, Kota Belud pada Sabtu lepas. Penolong Pegawai Perhutanan Rosmin Suhod dan Renjer Hutan Ruslan Ayai cedera ditangan, kaki, paha dan punggung akibat dipukul menggunakan rotan dan kayu oleh tiga lelaki dipercayai dari Kampung Suang Punggur.-- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA