SHAH ALAM, 7 Sept -- Pengarah Urusan dan Ketua pegawai Eksekutif Honda Malaysia Katsuto Hayashi (kiri) melancarkan Honda Accord baru pada majlis pelancarannya di Setia Alam Convention Centre, Setia Alam hari ini.Turut hadir Pengerusi Honda Malaysia Sdn Bhd Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar (kanan) dan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia Sdn Bhd Roslan Abdullah (dua, kanan).Accord Generasi kesembilan ditawarkan dengan warna baru iaitu Biru (Obsidian Blue Pearl), Putih (White Orchid Pearl), Perak (Lunar Silver Metallic), Kelabu (Modern Steel Metallic) dan Hitam (Crystal Black Pearl).Harga atas jalan termasuk insuran bagi model Accord tiga varian ialah, 2.4VTi-L berharga RM172,800, 2.0VTi-L berharga RM153,800 dan model 2.0VTi berharga RM144,800.-- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA