BALIK PULAU, 11 Sept -- Penduduk membawa daging lembu yang diimport dari Australia dan New Zealand ke qariah-qariah di kawasan Parlimen Balik Pulau pada majlis sumbangan sempena sambutan Aidiladha oleh Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya hari ini.Sebanyak 15 ekor lembu dan 100 kilogram daging lembu yang diimport dari Australia dan New Zealand diedarkan kepada setiap qariah di kawasan Parlimen Balik Pulau sempena sambutan Aidiladha esok.Sebanyak 20 qariah di kawasan parlimen tersebut menerima sumbangan tersebut.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA