GEORGE TOWN, 11 Sept -- Seorang Kanak-kanak pangsapuri Alim Sha Walley, Lebuh Chulia, Muhd Jamin Shazulee Jainol Abidin,11, memberi makanan kepada seekor unta yang akan dikorbankan esok sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha di sini hari ini.Unta yang diimport dari Australia itu disumbangkan oleh seorang peniaga kepada Masjid Alim Sha Walley sempena sambutan perayaan Aidiladha.Menurut Ahli Jawatankuasa masjid berkenaan, Jainol Abidin Mydin, 50, ini adalah kali pertama unta akan dikorbankan bersama empat ekor lembu.Daging unta berkenaan kemudian akan diagihkan kepada penduduk-penduduk pangsapuri Alim Sha Walley.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA