SHAH ALAM, 11 Sept -- Bersempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut oleh seluruh umat Islam di Malaysia esok, tempahan lemang juga menjadi pilihan untuk dijadikan sajian pada hari raya ini. Lemang Pak Yunus dari Seksyen 18 ini dijual dengan harga RM14 sebatang bagi bersaiz kecil manakala untuk saiz besar dijual dengan harga RM15 sebatang, ianya juga didatangi dengan perisa lemang biasa dan lemang jagung. Pak Yunus juga menyediakan sejumlah dua ribu batang lemang untuk dijual kepada pelangganya. Lemang Pak Yunus yang sudah beroperasi melebihi 30 tahun ini hanya dijual dua tahun sekali iaitu pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA