GEORGE TOWN, 12 Sept -- Seekor unta dikorbankan sempena sambutan Aidiladha di Masjid Alim Sha Walley, Lebuh Chulia, hari ini.Unta yang diimport dari Australia itu disumbangkan oleh seorang peniaga kepada Masjid Alim Sha Walley.Menurut Ahli Jawatankuasa masjid berkenaan, Jainol Abidin Mydin, 50, ini adalah kali pertama unta dikorbankan selain empat ekor lembu. Daging unta berkenaan diagihkan kepada penduduk-penduduk pangsapuri Alim Sha Walley. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA