ARAU, 12 Sept -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (tiga, kanan) menyampaikan Jalur Gemilang kepada bapa kepada atlet Paralimpik negara, Romly Mat (tiga, kiri) selepas anaknya Abdul Latif Romly, meraih pingat emas dalam acara T20 Lompat Jauh pada Paralimpik Rio malam ini.Turut hadir, ibunya Salmah Yatim, 58 (tengah).Abdul Latif mencipta rekod dunia dengan lompatan sejauh 7.6 Meter.Kira-kira 30 orang terdiri daripada atlet OKU Perlis memberikan sokongan melalui skrin besar yang dianjurkan oleh Shahidan.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA