ARAU, 12 Sept -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (tengah) bersama-sama para atlet OKU Perlis bersorak keriangan selepas atlet Paralimpik negara Abdul Latif Romly meraih pingat emas dalam acara T20 Lompat Jauh pada Paralimpik Rio malam ini.Abdul Latif mencipta rekod dunia dengan lompatan sejauh 7.6 Meter.Kira-kira 30 orang terdiri daripada atlet OKU Perlis memberikan sokongan melalui skrin besar yang dianjurkan oleh Shahidan.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA