KANGAR, 12 Sept -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengagihkan zakat kepada golongan asnaf bersempena sambutan hari raya Aidiladha di Kampung Titi Tinggi dan Kampung Bukit Chabang Perlis petang semalam. Majlis berlangsung di Masjid Al Azim Titi Tinggi selepas baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengetuai program berbasikal "MAIPs Peduli" kawasan Titi Tinggi.Program MAIPs Peduli siri ke 55 bagi tahun 2016 itu bertujuan menjejaki dan mengesan golongan asnaf untuk dibantu.Hadir sama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Noor (dua, kiri) dan usahawan Abu Dhabi, Rabih El Akoumi (berbaju hijau). --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA