PUTRAJAYA, 17 Sept -- DOA...Umat Islam beramai-ramai menunaikan solat jenazah ghaib untuk Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din yang diimamkan Timbalan Imam Besar Ustaz Ehsan Mohd Hosni di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini. Jenazah Allahyarham Haron, 76, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Road, Livermore, California, Amerika Syarikat pada pukul 5.57 petang Jumaat waktu tempatan (8.57 pagi Sabtu waktu Malaysia). Haron meninggal dunia pada 10.10 pagi semalam (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco akibat komplikasi jantung. -- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA