SITIAWAN, 20 Sept -- Generasi muda kini sering mencari aktiviti luar biasa dan jarang dibuat bagi mencari kelainan untuk mengisi masa lapang ketika bercuti di hujung minggu.Bagi penggemar sukan ekstrem, aktiviti seperti wall climbing, go-kart, all terrain-vehicle (ATV), terjun bungee, dan paintball mungkin sudah terlalu biasa dilakukan.Bagi yang mahukan kelainan, sukan perlucuran udara bermotor kini kian mendapat perhatian generasi muda apatah lagi sukan berkenaan dianggap luar biasa berbanding sukan darat dan air.Paramotor boleh dianggap sebagai satu sukan udara yang cukup unik yang menggunakan enjin dan payung terjun untuk terbang, malah kelebihannya yang tidak memerlukan landasan khas untuk terbang dan mendarat menjadi pilihan bagi penggemar sukan ekstrem.-- fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA