NEW YORK, 21 Sept -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) bersama pegawai perubatan kerajaan Dr Mohd Lutfi Fadil Lokman, yang dipilih oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pemimpin muda PBB, pada Selasa. Doktor perubatan berusia 29 tahun dari Gombak, Selangor itu dipilih dari kalangan 18,000 pencalonan dari 186 negara berdasarkan inisiatif beliau, Hospital Merentasi Sempadan (HBB) dan selepas penilaian menyeluruh oleh sebuah jawatankuasa pemilihan peringkat tinggi, terdiri daripada wakil dari kerajaan, PBB, masyarakat sivil dan sektor swasta. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA