KUALA LUMPUR, 21 Sept -- Adella Gregorg (tengah) bersama dua anaknya Caitlyn, 8, (kiri) dan Douglas, 10, yang menggunakan jam tangan MaxisONE Kids ketika pelancarannya di PUBLIKA solaris Dutamas hari ini. Jam tangan MaxisONE Kids merupakan satu plan pascabayar direka khas yang dilengkapi dengan telefon pintar khas untuk kanak-kanak bagi ibu bapa memantau pergerakan dan aktiviti harian anak mereka.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA