TEMERLOH, 22 Sept --Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur (kiri) beramah mesra dengan peserta ketika menghadiri Pertandingan Inovasi Pensyarah Kolej Komuniti Peringkat Kebangsaan 2016 di Kolej Komuniti Temerloh hari ini.Pertandingan itu bertujuan menyemarakkan usaha dan budaya inovasi dalam kalangan pensyarah Kolej Komuniti untuk melakukan transformasi dalam menambah baik proses pengajaran melalui cetusan idea kreatif bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA