PADANG BESAR, 28 Sept -- Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah (AW) dan Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan melepaskan para peserta latihan berjalan laju selepas merasmikan Litar Merentas Halangan Syed Sirajuddin Areeb Putra di Kem Bukit Keteri 504 AW hari ini.Latihan berjalan laju sejauh lapan kilometer itu disertai 180 anggota sukarela dan tujuh pegawai askar wataniah.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA