KUALA LUMPUR, Julai 4 -- Anggota polis trafik mengiringi kereta yang akan dinaiki pemimpin negara yang menghadiri Sidang Kemuncak Ke-enam Kumpulan Lapan Islam Membangun (D-8) pada raptai untuk majlis perasmian sidang itu di sini, hari ini.Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan merasmikan sidang kemucak itu pada Selasa.Ditubuhkan di Turki pada 1997, D-8 dianggotai Bangladesh, Mesir Indonesia, Iran, Malaysia, Pakistan, Turki dan Nigeria bermatlamat meningkatkan hubungan sosioekonomi serta kedudukan mereka dalam ekonomi dunia.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA