PORT DICKSON, 3 Okt -- Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Datuk Fadzil Mokhtar (kiri) memakaikan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) kepada Komander Malaysia Battalion 850-3 (MATBATT 850-3) Kolonel Reizal Arif Ismail sempena Majlis Perbarisan Pembubaran dan Pemakaian Pingat PNBB MALBATT850-3 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat hari ini. Pasukan angkatan tentera yang diketuai oleh Kolonel Reizal Arif Ismail itu telah bertugas selama 12 bulan sejak 15 September 2015 hingga 16 September 2016. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA