PORT DICKSON, 3 Okt -- Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Datuk Fadzil Mokhtar (depan,tengah) bergambar bersama pegawai dan anggota tentera sempena Majlis Perbarisan Pembubaran dan Pemakaian Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu MALBATT850-3 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat hari ini. Pasukan angkatan tentera yang diketuai oleh Kolonel Reizal Arif Ismail itu telah bertugas selama 12 bulan sejak 15 September 2015.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA