KUALA LUMPUR, 16 Feb -- Pada usia 59 tahun, Ella terus mengukuhkan status sebagai ratu rock negara termasuk dengan kebolehan berlari dan melompat tanpa lelah di hadapan hampir 60,000 peminat di Stadium Nasional Bukit Jalil.Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen menyaksikan Ella atau Nor Zila Aminuddin yang tampil dengan persalinan putih ringkas, menguasai pentas dari satu penjuru ke penjuru lain tanpa gimik berlebihan, sambil mengekalkan kekuatan vokal seolah-olah dua dekad tidak pernah berlalu.Menghiburkan peminat dengan 30 lagu, Ella yang mencipta nama pada era 1990-an membawa penonton menyusuri perjalanan seninya menerusi lagu ikonik seperti Rama-Rama, Kesal, Raguku, Bolero, Sembilu, Pedih, Rindu, Permata Pemotong Permata, Nuri dan Sepi Sekuntum Mawar Merah.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA