Assalamualaikum OC. gambar serta kapsyen Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis sertai Hari Sukan NegaraTUANKU HAJAH LAILATUL SHAHREEN AKASHAH3922PUTRAJAYA, 8 Okt -- Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (duduk empat kanan) bergambar kenangan bersama para peserta acara Spartan Race Sprint Malaysia 2016 selepas baginda menyertai acara sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSM) 2016 di Putrajaya hari ini.Baginda adalah antara 2,137 peserta acara itu dan berjaya merentasi 20 halangan mencabar sejauh 8.4 kilometer yang bermula dan berakhir di Nexus International School Putrajaya.Tidak ramai yang menyedari kehadiran baginda bagi memeriahkan sambutan HSN bagi acara itu.Turut merakamkan kenangan bersama Raja Puan Muda ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (berdiri tengah) yang sebelum itu menyertai acara berbasikal bersama kira-kira 7,000 peserta.-- gambar oleh Sahidi Saddarifa (Istana Arau)/ kapsyen oleh Adnan Jahaya3738PUTRAJAYA, 8 Okt -- Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (dua kiri) menyertai 2,137 peserta bagi acara Spartan Race Sprint Malaysia 2016 sempena sambutan Hari Sukan Negara 2016 yang berlangsung di Putrajaya hari ini.Baginda berjaya merentasi 20 halangan mencabar sejauh 8.4 kilometer yang bermula dan berakhir di Nexus International School Putrajaya.Tidak ramai yang menyertai penyertaan baginda pada acara mencabar itu.-- gambar oleh Sahidi Saddarifa dan kapsyen oleh Adnan Jahaya3720.PUTRAJAYA, 8 Okt -- Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (empat kiri) bersama sebahagian peserta acara Spartan Race Sprint Malaysia 2016 sebelum memulakan acara sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2016 di Putrajaya hari ini.Baginda berjaya merentasi 20 halangan mencabar sejauh 8.4 kilometer yang bermula dan berakhir di Nexus International School Putrajaya.Tidak ramai yang menyertai penyertaan baginda pada acara me