PUTRAJAYA, 8 Okt -- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (lima, kanan) bersedia untuk memulakan kayuhan bagi acara berbasikal sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2016 di Putrajaya hari ini. Baginda adalah antara kira-kira 7,000 peserta acara itu yang berkayuh secara santai sejauh 10 kilometer. Turut menyertai acara itu ialah puteri kedua baginda, Sharifah Farah Adriana dan putera Syed Sirajuddin Areeb Putra.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA