PUTRAJAYA, 8 Okt -- Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (duduk, empat kanan) berkenan bergambar kenangan bersama para peserta acara Spartan Race Sprint Malaysia 2016 selepas menyertai acara sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSM) 2016 di Putrajaya hari ini. Baginda adalah antara 2,137 peserta acara itu dan berjaya merentasi 20 halangan mencabar sejauh 8.4 kilometer yang bermula dan berakhir di Nexus International School Putrajaya. Tidak ramai yang menyedari penyertaan baginda dalam acara tersebut. Turut merakamkan kenangan bersama Raja Puan Muda ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (berdiri tengah) yang berkenan menyertai acara berbasikal bersama kira-kira 7,000 peserta.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA