KUCHING, 11 Okt -- Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah Padi menghasilkan anyaman tikar daripada 300 bekas kotak minuman terbuang pada Pertandingan Mencipta Bahan Baru Dari Bahan Buangan di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang hari ini. Seramai 115 pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta menyertai pertandingan itu anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri sempena Hari Alam Sekitar 2016 yang akan disambut pada 22 Okt ini di Kuching. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA