LIPIS, 13 Okt -- Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Mohd Jamalludin Kasbi (tiga, kiri) menenangkan Rosmaidi a/l Bahtam,16, semasa menziarahinya sekeluarga di Kampung Bandar, Pos Lenjang, hari ini.Abang kepada Rosmaidi, Rosi a/l Bah Tam,19 yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dilaporkan hilang sejak Jumaat lepas dipercayai sesat di hutan sekitar kampung berkenaan.Operasi mencari sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat terdiri polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), RELA, JAKOA, FELCRA dan Jabatan Hutan serta penduduk kampung. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA