KOTA KINABALU, 17 Okt -- Dahulunya perkampungan atas air Sembulan, kini segalanya berubah dengan pembangunan pesat dan rumah-rumah mewah namun terselit sebuah tugu yang digelar Tugu Peringatan Double Six, bukan sekadar nama tapi menghimpun kenangan pahit kepada rakyat Sabah.Hal ini kerana di tapak ini berlakunya nahas kapal terbang yang mengorbankan sebahagian pemimpin tertinggi Sabah termasuk Ketua Menterinya Tun Mohd Fuad Stephens pada 6 Jun 1976.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA