GEORGE TOWN, 22 Okt -- Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul membasuh tin minuman terpakai bagi mengatasi pembiakan nyamuk Aedes Aegypti yang boleh membawa penyakit virus Zika pada Program Gotong Royang Perdana di sekolah itu hari ini. Wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak bulan Mei 2015 dan virus ini bermula di negara Brazil. Kini virus Zika telah merebak ke seluruh dunia, dan di Malaysia beberapa kes jangkitan telah dikesan. Justeru itu penerangan tentang ancaman virus Zika dan langkah-langkah pencegahan melalui aktiviti gotong-royong adalah langkah yang terbaik bagi membanteras penyakit berbahaya itu daripada terus merebak.--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA