KUALA LUMPUR, 20 Dis -- Polis berjaya membongkar kegiatan sebuah makmal memproses dadah yang dipercayai didalangi sindiket antarabangsa menerusi empat serbuan di sekitar Lembah Klang pada Selasa lepas.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya turut menahan tiga lelaki dan tiga wanita warga asing berusia 24 hingga 39 tahun dalam serbuan itu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.53 bilion.Beliau berkata siasatan mendapati sindiket terbabit menyewa sebuah banglo tiga tingkat di Cheras dan Sungai Chua,Kajang untuk memproses dadah dan menyimpan dadah tersebut di sebuah premis berasingan di Kajang sebelum diedarkan ke pasaran antarabangsa.--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA