TUMPAT, 16 Julai -- Pengusaha cendol, Md. Abd Hadi Md. Zain, 40, atau lebih dikenali 'Mat Cendol' dibantu anaknya Mohd Fariezal (kanan), 15, mengangkat kawah yang berisi tepung beras yang telah dimasak untuk dimasukkan ke dalam acuan untuk membuat cendol di Kampung Kedemit, Wakaf Bharu dekat sini, baru-baru ini.Beliau menjalankan perniagaan pembuatan cendol sejak 17 tahun lalu dengan modal permulaan sebanyak RM1,000.Setiap hari 'Mat Cendol' menghasilkan 30 gantang cendol untuk dibekalkan kepada peraih-peraih dengan harga RM7 untuk satu gantang, malah permintaannya akan meningkat sekali ganda pada bulan Ramadhan.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA