KUALA LUMPUR, 29 Julai -- ISTIMEWA ... Roti canai menjadi sarapan harian pilihan utama bagi rakyat negara ini.Tetapi bagi penggemar makanan itu, roti canai yang disediakan Shamsudin Rafiq, 42, di sebuah gerai berhampiran flat Manson di Lorong Tuanku Abdul Rahman memang jadi sebutan.Saban hari, ramai penggemar roti canai berkunjung ke gerainya untuk merasai keenakan roti canai yang dihidangkan bersama kuah dal atau kari.Selain roti canai, kedainya turut menyediakan pelbagai hidangan antaranya mee goreng, nasi lemak, kuih-muih dan roti ban.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA